Fungsi Gubahan : Prob dan Burger

Fungsi adalah ungkapan yang menghubungkan satu pembolehubah ke pembolehubah yang lain- Euler

Ini adalah meme untuk menjelaskan fungsi yang dibuat kerana bosan ketika latihan industri dimana dalam gambar ini terdapat dua entiti yang kita anggap sebagai fungsi iatu fungsi \(f(x)\) robot Prob dan fungsi \(g(x)\) sebiji burger. Kita ada dua fungsi disini dimana fungsi dalam gubahan \(g(x)\) dilakukan dahulu sebelum fungsi \(f(x)\) kalau tak burger tu yang berbentuk Prob sebab \(g \cdot f (x)\) tak sama dengan \(f\cdot g (x)\) sebabnya burger tu dulu ke Prob dulu.

Gini ceritanya;

\(f(x)\) = Prob

\(g(x)\) = Burger

Jadi jenis gubahan bergantung urutan siapa paling dekat dengan \(x\).

\(g\cdot f(x)\) = \(g(f(x))\) Burger jadi kulit Prob dan Prob warna burger

\(f\cdot g(x)\) = \(f(g(x))\) Prob jadi kulit Burger dan burger tu biru.

Demikianlah analogi atau contoh fungsi gubahan menggunakan Prob dan Burger. Episod Prob berubah menjadi Burger adalah episod 9 musim pertama siri Boboiboy.


Posted

in

by